Make your own free website on Tripod.com
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Daerah Johor Bahru
Latar Belakang | Syarat Keahlian | Aktiviti | Keanggotaan | Links | Kalender Aktiviti | Hubungi Kami

kdn_logo.gif

Selamat Datang Ke Laman Web Tidak Rasmi Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( RELA ) Daerah Johor Bahru 
Di Laman Ini Anda Akan Mendapatkan Informasi Berkaitan Dengan RELA Daerah Johor Bahru. Selamat Melayari Laman Ini.

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( RELA ) adalah satu pasukan yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri ( KDN ). Dengan wujudnya laman seperti ini akan mendekatkan lagi pasukan ini dengan masyarakat. Ini adalah kerana tugas-tugas RELA kebanyakannya adalah dengan membantu masyarakat di samping membantu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan undang-undang demi kesejahteraan negara malaysia. Di Laman ini juga akan memaparkan segala aktiviti-aktiviti RELA daerah Johor Bahru yang telah dan akan dijalankan semoga anda akan mendapat banyak informasi didalam laman ini. Sekian Terima Kasih
 
dari Webmaster.....
 

rela3.jpg
Anggota RELA dalam perbarisan

P E R U T U S A N

KETUA SETIAUSAHA KDN Y. BHG. DATO' SRI ASEH CHE MAT

ksu.jpg

Selamat Datang ke Laman Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Daerah Johor Bahru ...

RELA adalah sebuah pasukan yang banyak memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. Laman ini merupakan satu saluran untuk memberi maklum mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta perkara-perkara yang memudahkan orang ramai berurusan dengan pasukan ini. Melalui Laman ini juga, kami menyebarkan maklumat-maklumat mengenai RELA seperti Misi, Objektif, Fungsi, Motto serta Carta Organisasinya.

Maklumat ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa untuk memastikan pelawat mengetahui perkembangan yang berlaku di RELA dan sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang terkini. Diharap dengan adanya Laman ini kami boleh meneruskan usaha-usaha bagi memajukan perkhidmatan ketahap yang lebih cemerlang.

Saya juga mengalu-alukan pelawat untuk berkunjung ke Laman RELA ini bagi memberi cadangan, pandangan serta maklumbalas yang positif dan membina melalui alamat Emel yang disediakan.

Akhir kata, adalah menjadi harapan agar Laman RELA Daerah Johor Bahru ini akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua, demi kepentingan bersama dan negara.

Kunjungilah kami selalu.

Campaign Headquarters * Any Street * Anytown * US * 01234